Salam sejahtera ,
Hari Sabtu yang lepas bertarikh 7hb Mei 2011 , Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Batu 14 atau dikenali dengan nama singkatannya sebagai ESEMPIE telah menganjurkan aktiviti Hari Kantin Sekolah untuk tahun 2011 . Hari Kantin sekolah yang bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 2.00 petang mendapat sambutan yang agak menggalakkan . Gerai-gerai jualan makanan ringan , minuman , permainan , jualan bundle dan tidak ketinggalan juga pertandingan diadakan pada hari tersebut . . . . <---ok , stop buat ayt karangan . LOL
Orait , lambat nak update kan ? haha . . ingat tak nak dan malas nak update tapi disebabkan seseorang , update jugalah =) Well , dah lebih kurang 5 tahun aku tinggalkan sekolah ini dan hari itu aku jejakkan kaki kembali ke sana . Itupun sebab adik-adik , Angela Marie(13teen) & Mark Kenneth(14teen) yang ajak .
Nak diceritakan , oklah hari kantin nie . Tapi yang tak berapa syoknya sebab adik-adik aku kena balik awal (9.30) sebab mereka kena pergi church . So , tinggallah aku bersendirian tanpa adik-adik aku kat sana . wuwuw , but adik - adik sepupu aku dan kawan - kawan dorang ada , maka . . daripada balik rumah awal , better hangout ngan dorang dulu kan ?

Aktiviti - aktiviti hari tue macam biasalah kan , ada gerai makanan (Takkan terlepas punya) , ada jualan bundle (charity) , pertandingan (ratu) , permainan (hadiah2 menarik , rumah sesat , hantu n bnyk lgi) , opps , tak dilupakan menda yg request song , cbutan bertuah , jual brg2 and so on .
